Tenkiu..Klik2 My Hearbeat Yaa :)

Jom Register Heartbeat.Tenkiu..Klik2 My Hearbeat Yaa :)

Monday, February 28, 2011

“suatu ketika dulu…..1st contest bersama annurkasehcollections”


Klik Banner Untuk Joint

Due Date: 28 Feb 2011

Sweetmama Tag:
Cha
Mama Tun Nur Safiya

pic kenangan bersama kawan2 sekolah dan Cikgu semasa mengikuti Program Kecemerlangan Pelajar Tahun 1997

" Suatu Ketika Dulu...inilah antara kenangan manis aku semasa meniti alam persekolahan menengah. Aku memulakan alam persekolahan menengah pada tahun 1993 hingga 1997. Semasa aku di Tingkatan 4 (1996) dan Tingkatan 5 (1997) aku telah terpilih menyertai Program Kecemerlangan Pelajar Peringkat Daerah Hulu Langat, Selangor. Ianya telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Kajang Selangor selama seminggu semasa cuti sekolah. Sernoknya bila aku adalah salah seorang yang terpilih bersama2 dengan lebih kurang 20 orang wakil dari sekolah kami. Bertambah seronok bila dapat berjumpa kawan-kawan baru dari sekolah lain. Sepanjang mengikuti program ini, kami telah didedahkan dengan tip-tips menjawab soalan SPM, Latihan dalam Kumpulan, Aktiviti Riadah di waktu petang dan peluang-peluang untuk memasuki alam Universiti. Ada juga aktiviti nakal kami semasa mengikuti program ini, senyum sendiri bila aku ingat balik. Alhamdullillah dengan menyertai program ini ianya telah memberi aku kenyakinan diri dan semangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Akhirnya aku berjaya mendapat keputusan SPM dengan cemerlang iaitu Pangkat 1 (16 Agregat) dan seterusnya menggenggam Sijil dan Diploma. Kini aku telah pun menjadi seorang isteri dan ibu yang bekerjaya. Semuanya bermula dari Sekolah..:) . Sesungguhnya alam persekolahan adalah zaman yang paling seronok..:))

Nama Pengirim : Siti Khadijah Binti Md Zin
Id Follower: EiJa ZaQuaN
Referral: Penganjur sendiri melalui Shoutbox 


4 comments:

ch@ said...

eijaaaa, due date dah tiba. ceh. takpe next time kena alert cecepat. goodluck eija.

eija_sweetmama said...

@Cha: Thanks Cha
hehe..itu la..eija pun joint last minute..try luck.

annur kaseh said...

slm ukhwah...
sy dtg....tq 4 join

hihi...mmg sweet....
time sek.dpt g sek lain la yg pling bestkn,dpt kwn baru....tahniah,berjaya dh kini...

ok,lulus!

g.luck

eija_sweetmama said...

@annur kaseh : btol tu..mmg sweet memories zaman old school dulu...
hopefully ada luck la ye..hehe..